Politik PAS Kelantan Ishak Lotfi Omar

Cawangan PAS di Pantai Timur mula ditubuhkan di Pasir Mas, Kelantan pada 1953 oleh Ustaz Amaluddin Darus.PAS menang 28 dari 30 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Pilihan raya 1959. Seterusnya membentuk kerajaan PAS di Kelantan dan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang pertama. Kerajaan PAS di Kelantan berjaya dikekalkan sehingga Darurat Kelantan 1977.

Kejayaan PAS cepat berkembang di Kelantan berpunca sejak 1920-an apabila Datuk Perdana Menteri Haji Mahmood bin Ismail, Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusoff bin Ahmad, Haji Muhammad bin Muhammad Said yang menyokong parti politik yang sealiran dengan mereka. PAS disambut oleh Mohd Asri Muda, Hasan dan Abdul Rahim iaitu pemuda-pemuda dari Angkatan Pemuda Insaf (API). PAS berkembang pesat selepas kepulangan Mohd Asri dari Gunung Semanggol.Beliau menubuhkan PAS di Tanah Merah (1955),Bachok (1956), Kuala Krai (1958) dan Tumpat (1959) dengan bantuan Ishak Lotfi Omar dan lain-lain.

Dalam pilihan raya 1955, PAS meletakkan 11 calon seluruh Tanah Melayu tetapi hanya menang 1 iaitu di Kerian. Tigal calon PAS di Kelantan kalah iaitu Mohd Asri (Bachok dan Pasir Puteh) Muhammad Nor Yusof (Machang dan Ulu Kelantan) dan Haji Mokhtar Ahmad (Pasir Mas).

Dalam pilihan raya Ogos 1959 , PAS memang 28 daripada 30 kerusi di Kelantan. Tokoh luar iaitu Profesor Zulkifli Muhammad, selaku Naib Yang Dipertua PAS Pusat menang bertanding di Parlimen Bachok.